sebuah senyuman terselit secebis penderitaan

Ahad, 7 Ogos 2011

tips : ubati kelukaan di hati =)

1. Menangislah sepuas hati..nages guling-guling atas katil..sampai jatuh katil pun takpe..dengan syarat kunci dulu pintu bilik..jap lagi kantoi lak satu malaysia tahu you all sume kena reject..
menangis adalah terapi yang sgt baik sebab air mata itu keluar apabila hati tidak dapat menahan lagi kepedihan dalam hati..dan gugurlah butir-butir mutiara yang tidak berdosa itu..menangis sampai air mata tu dah tak boleh keluar lagi..

n then korang akan rasa lega..

2. lepas dah puas nages pergi amek wuduk dengan segera..rawat luka yang berdarah dalam hati itu dengan basuhan wuduk..lepas itu tengok muka kat cermin..betapa bercahaya dan sempurnanya muka ciptaan ALLAH yang ada pada kita ni..jadik mengapa nak menagis lagi sebab kena reject..tiada sebarang kemusnahan pun yang berlaku pada anggota badan kita bila kita direject cintanya bukan?...
yang rosak teruk adalah bahagian dalaman..iaitu hati...perasaan dan jiwa..

3.lepas korang kena reject confrim tak dapat tido dgn lena..ok..jangan buang masa segera amek wuduk dan buatlah solat tahajud..berdoa..solat taubat betapa berdosa diri kamu..kenang balik dosa-dosa silam yang lalu..kemudian mengadulah kepada ALLAH..berzikir lah kemudian mengaji Al-quran smpai subuh..terus solat subuh..
saat ni kalau korang berjaya stay sampai subuh..korang sebenarnya dah berjaya dalam satu stage bangkit semula..Tahniah..

4.Haramkan dengan lagu cinta dunia yang melalaikan..Haramkan terus dengan lagu yang mengingatkan korang pada Dia,yang menolak cinta korang..kuat semangat untuk halang telinga korang dengan benda-benda lagha ni..sebaliknya dgrlah nyanyian AL-quran..janji2 ALLAH yang indah kepada hambaNYa yang teraniya..(saya anti lagu 4 rest of my life)maaf maher zain..terdesak..

5.pujuk hati..terima hakikat..redha lah ini sume ketentuan ALLAH..pasti ada yang lain yang DIA dah rancangkan..

6.positif thinking..bila kita direject tak semestinya kita tak bagus or tak elok..tapi sebab ALLAH nak kasi kita yang lebih baik daripada yang kita nak..sebab yang kita nak ni tak bagus untuk kita..

7.jangan bersangka buruk..jangan benci pada orang yang reject kita..doakan yang terbaik buat dia..percaya dalam hati buat kehendak dia nak reject kita tapi ALLAH yang gerakkan hati dia untuk reject kita..

8.tak paya pikir apa-apa..jaga solat wajib..buat banyak2 solat sunat..berdoa..berhajat berserah..jangan membenci tapi teruskan menyayangi walaupun cinta kita ditolak..

9.ingat pepatah ini "bila mencintai tak semestinya memiliki,dan tidak semestinya bersama..kalau betul kita mencintai si dia seikhlasnya..even dia reject kita sekalipun cinta kita pada dia tidak akan berubah..selagi kita berdaya kita akan buat dia bagia..dan jika dia bahagia bila kita tiada..bawak lah diri sejauhnya daripada dia kerana itu adalah kebahagiaan dia.. "itulah erti sebenar bila mencintai"

so..usah terlalu bersedih sebaliknya kita berdoa..dan terus berdoa..ALLAH bantulah kami..sebab kami lemah..mana kan jalan yang terbaik untuk kami pilih..

ALLAH Maha Mendengar..kepercayaan kepada ALLAH itulah amat tersangat penting..

Sabtu, 6 Ogos 2011

indahnya derita

bila kita diuji atau sesuatu yang kita taknak ianya berlaku terjadi atas kita..kemudian kita sedih lantas terus menangis menadah tangan memohon kepada ALLAH..

beruntungnya orang yang Allah pilih untuk diuji kerana dengan ujian dan musibah yang menimpa itu mendekatkan diri kepada kekasihNYA..

korang sedar tak betapa kasihnya ALLAH kepada setiap hambaNYA..

bayangkan situasi ini..

bercouple..buat maksiat..kemudian ALLAH uji orang yang disayangi meninggalkan kita..Kemudian kita kecewa lantas kita menyesali keterlanjuran kita..
betapa ALLAH nak tingkatkan darjat hambanYA dengan setiap ujian dan musibat yang diberikan..

bayangkan kalau kita kaya..punyai segala-galanya..ingat ke kita pada ALLAH..kita ada rumah besa keta besa..duit..muka lawa..harta..kita akan mengadu pada Allah..kita mahu itu kita mahu ini?..doa orang kaya berbeza dengan doa orang miskin..tapi kadang walaupun ada yang kaya raya mereka masih rasa diri mereka tidak lengkap..itulah tanda kasih ALLAH kepada hambaNYA>.

DIA tidak mahu hambaNYA lupa kepadanya..

dan setiap kali diuji sedar dan jangan berburuk sangka pada ALLAH

ALLAH itu dekat dengan kita lebih dekat daripada urat di leher kita..tapi kenapa ada manusia yang diuji terus menjauhi ALLAH..

keputusan di tangan manusia itu sendiri..ALLAH berikan banyak jalan dan terpulang pada kita untuk memilih jalan yang baik..

Kalau kita rajin solat..mesti kita banyak baca surah Al-fatihah..terdapat permohonan kita kepada ALLAH agar tunjukan kita jalan yang diredhai oleh NYA..

maka dengan itu..mohonlah pada ALLAH ditunjukkn jalan yang lurus jala-jalan orang yang kau redhai bukan jalan-jalan orang yang menzalimi dirinya sendiri..

dan sesungguh...bila hambaKu memerlukan KU ketahui AKU dekat pada Mu..

Kalau kita mohon pada ALLAH, ALLAH berlari mendengar permintaan kita tapi KENAPA BILA ALLAH MEMANGGIL KITA,AKU,KORANG,MANUSIA LUPA DIRI,KITA MELEWAT2KAN SOLAT..dan BILA KITA,AKU KORANG,MANUSIA MEMOHON KORANG NAK UNDER SOPT PERMINTAAN KORANG DIKABULKAN..

aku sila amek ingat sebagai pengajaran..

DAH ABIS BACA??...DAH SOLAT BELUM?..PERGI SOLAT SEGERA..!!!

ciri2 lelaki y baik

(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

andai perempuan tahu isi hati lelaki

"Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air
mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!"

wanita hiasan dunia




Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan