sebuah senyuman terselit secebis penderitaan

Jumaat, 9 Mac 2012

wahai mujahidku

Fitrah manusia ingin bercinta
Menyelami perasaan mencintai dan dicintai
Aku juga tidak terkecuali
Dalam mencari cinta disulami cinta hakiki
Cinta Ilahi

Wahai mujahidku
Aku muslimah yang baru mula berhijrah
Mujahidah sejati azam yang aku tanamkan
Aku muslimah yang mahu berubah
Ingin setia berjalan di bumi Jihad

Wahai mujahidku
Aku terlalu takut jika kau tidakku temui
Kerana aku sering dikelilingi
Cinta nafsu para pendosa
Aku terlalu takut
Jika aku turut serta bersama mereka
Menjadi penzina mengundang azab-Nya
Sungguh aku risau
Jika bukan kau yang aku temui
Tetapi adam disulami dengan cinta nafsunya
Mencuri hatiku yang mudah lentur dan luluh
Pada bicara kata

Wahai mujahidku
Andai kau tahu
Sudah lama ku berusaha berjuang menjaganya
Hati yang lembut dengan bicara kata
Hati yang mudah terhadam dengan kata-kata cinta
Namun dengan-Nya, aku berdoa
Agar terbentengnya cinta mereka
Pada aku yang menjaga hati ini untukmu
Yang aku tunggu

Wahai mujahidku
Jika benar kau mencintaiku kerana-Nya
Jauhkan dirimu daripadaku
Jangan kau nodai aku dengan bicara katamu
Jangan kau dekati aku dengan jasadmu
Sebaliknya bimbinglah aku
Memelihara hati
Agar cinta kita dapat bersemi
Lebih indah dan berkat daripada Ilahi
Selepas lafaz ijab kabulmu
Sesudah cahaya istikharah-Nya
Dalam bersama dambakan cinta Yang Maha Esa
Juga Rasul-Nya
Agar sama-sama kita merasa pahit
Mujahadah kerana-Nya
Menggapai syahid sehati sejiwa

Wahai mujahidku
Tarbiyahlah aku dengan bicara kata Ilahi
Biar aku pedih hati
Asal aku sedar diri
Untuk bercinta dan bersamamu
Hanya kerana-Nya

Wahai mujahidku
Jadilah kau kekuatanku
Jadilah kau pendorongku
Agar bertambah semangatku dan tekadku
Untuk sama-sama berjuang demi-Nya dan agama-Nya

Wahai mujahidku
Sungguh aku dambakan cahaya mata
Menjadi tahfiz dan hafizah
Agar terasa damai apabila bersama mereka
Moga kau jadi abuya yang adil dan bijaksana
Mendidik mereka menggapai soleh dan solehah
Agar menjadi tinggalan kita

Wahai mujahidku
Jangan kau lemah dalam perjuangan kita
Jangan kau damba fana yang sementara
Kerana itu buat kau kehilangan cintaku

Hilangnya agama padamu, hilanglah juga cintaku padamu
Hilangnya dambaan cintamu pada-Nya, hilanglah juga dambaan cintaku padamu
Kerana aku tidak rela berdamping dengan mujahid selemahmu
Dan lebih rela untuk aku pergi jauh darimu yang dambakan dunia fana

Wahai mujahidku
Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Semoga kita kan bertemu
Wahai mujahid sefikrah dambaanku

Muhasabah diri dengan MALU.. !

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita.Terapat empat pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok itu.

PERTAMA, sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasan malu yang bertempat.

KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Simboliknya,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.

KETIGA, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakak umbi dalam jiwanya.

KEEMPAT, semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini seperti mengingatkan kepada kaum wanita supaya pulang dan duduknya di rumah ketika hari hampir gelap.

Memo daripada seorang ayah kepada puterinya.

PUTERIKU..
dengarlah bicara dari hatiku..

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju,lelaki itu tidak akan berani.
dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu,lelaki tidak akan bertambah parah.
Wanitalah yang membuka pintu,seolah kau katakan kepada si pencuri : silakan masuk,silakan…
Apabila ia telah mencuri,engkau berteriak : Pencuri ! Tolong tolong ..! Saya dicuri.. !

Demi Allah,dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah,jangan engkau mudah pecaya apa yang dikatakan oleh lelaki,
kebanyak kan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah, ia telah berbohong !

PUTERIKU..
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkhawinan.Bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan,karier,populariti,pretasinya,namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak akan seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur,sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumah tangga ia tetapi akan memilih wanita yang baik,kerana ia tidak rela suri rumah tangganya dan ibu kepada putera puterinya adalah seorang wanita tidak baik.

PUTERIKU..
Demi untuk berubah mengembalikan wanita kini menjadi kperibadian Muslimah yang benar,kembalilah ke jalan yang benar walau setapak demi setapak,sebagaimana mereka telah berusaha membina kerosakan ini sedikit demi sedikit.

Perbaikan tersebut tidak dapat diatasi hanya dalam waktu sehari atau dalam waktu yang singkat,melainkan dengan kembali ke jalan yang benar walaupun jalan itu sekarang nampaknya amat jauh,namun ianya tidak menjadi soal.Orang yang tidak mahu menempuh jalan yang satu-satunya ini,tidak mungkin akan sampai.

PUTERIKU..
Inilah nasihatku padamu,puteriku,Inilah kebenaran.
Sedarilah bahawa di tanganmulah,kuci pintu perbaikan.
Bila diri kalian diperbaiki,dengan demekian umat pun kan menjadi baik.