1. Menangislah sepuas hati..nages guling-guling atas katil..sampai jatuh katil pun takpe..dengan syarat kunci dulu pintu bilik..jap lagi kantoi lak satu malaysia tahu you all sume kena reject..
menangis adalah terapi yang sgt baik sebab air mata itu keluar apabila hati tidak dapat menahan lagi kepedihan dalam hati..dan gugurlah butir-butir mutiara yang tidak berdosa itu..menangis sampai air mata tu dah tak boleh keluar lagi..
n then korang akan rasa lega..
2. lepas dah puas nages pergi amek wuduk dengan segera..rawat luka yang berdarah dalam hati itu dengan basuhan wuduk..lepas itu tengok muka kat cermin..betapa bercahaya dan sempurnanya muka ciptaan ALLAH yang ada pada kita ni..jadik mengapa nak menagis lagi sebab kena reject..tiada sebarang kemusnahan pun yang berlaku pada anggota badan kita bila kita direject cintanya bukan?...
yang rosak teruk adalah bahagian dalaman..iaitu hati...perasaan dan jiwa..
3.lepas korang kena reject confrim tak dapat tido dgn lena..ok..jangan buang masa segera amek wuduk dan buatlah solat tahajud..berdoa..solat taubat betapa berdosa diri kamu..kenang balik dosa-dosa silam yang lalu..kemudian mengadulah kepada ALLAH..berzikir lah kemudian mengaji Al-quran smpai subuh..terus solat subuh..
saat ni kalau korang berjaya stay sampai subuh..korang sebenarnya dah berjaya dalam satu stage bangkit semula..Tahniah..
4.Haramkan dengan lagu cinta dunia yang melalaikan..Haramkan terus dengan lagu yang mengingatkan korang pada Dia,yang menolak cinta korang..kuat semangat untuk halang telinga korang dengan benda-benda lagha ni..sebaliknya dgrlah nyanyian AL-quran..janji2 ALLAH yang indah kepada hambaNYa yang teraniya..(saya anti lagu 4 rest of my life)maaf maher zain..terdesak..
5.pujuk hati..terima hakikat..redha lah ini sume ketentuan ALLAH..pasti ada yang lain yang DIA dah rancangkan..
6.positif thinking..bila kita direject tak semestinya kita tak bagus or tak elok..tapi sebab ALLAH nak kasi kita yang lebih baik daripada yang kita nak..sebab yang kita nak ni tak bagus untuk kita..
7.jangan bersangka buruk..jangan benci pada orang yang reject kita..doakan yang terbaik buat dia..percaya dalam hati buat kehendak dia nak reject kita tapi ALLAH yang gerakkan hati dia untuk reject kita..
8.tak paya pikir apa-apa..jaga solat wajib..buat banyak2 solat sunat..berdoa..berhajat berserah..jangan membenci tapi teruskan menyayangi walaupun cinta kita ditolak..
9.ingat pepatah ini "bila mencintai tak semestinya memiliki,dan tidak semestinya bersama..kalau betul kita mencintai si dia seikhlasnya..even dia reject kita sekalipun cinta kita pada dia tidak akan berubah..selagi kita berdaya kita akan buat dia bagia..dan jika dia bahagia bila kita tiada..bawak lah diri sejauhnya daripada dia kerana itu adalah kebahagiaan dia.. "itulah erti sebenar bila mencintai"
so..usah terlalu bersedih sebaliknya kita berdoa..dan terus berdoa..ALLAH bantulah kami..sebab kami lemah..mana kan jalan yang terbaik untuk kami pilih..
ALLAH Maha Mendengar..kepercayaan kepada ALLAH itulah amat tersangat penting..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan