sebuah senyuman terselit secebis penderitaan

Rabu, 1 Disember 2010

Coretan bingkisan hati Buat temanku..



wahai sahabat seperjuanganku..
ingatlah dunia ini hanya sementara,
janganlah kau mencari cinta yang fana,
malah dekatilah cinta yang hakiki,
Ingatlah wahai sahabatku dikasihi..
jika kita memilih cinta berlandaskan kecantikan,
ianya pasti akan pudar bila diri dimamah usia,
jika kita memilih cinta berteraskan pangkat,
ianya akan hanyut bersama hilangnya kedudukan,
jika kita memilih cinta bersendikan budi,
ianya akan mati bersama terkubur jasad,
..tidak ada kecintaan yang kekal melainkan
cinta kepada Allah..
Sahabatku disayangi..
kehidupan kita didunia ini terlalu singkat,
gunalah masa yang ada sepenuhnya sebelum terlambat,
janganlah kita tenggelam dengan arus dunia,
selamatkanlah dirimu dengan keimanan,
penuhkan harimu dengan ketaqwaan,
semoga kalian mendapat syafaat darinya pada akhirat kelak..
Jannatul firdaus sedang menungguMu !!
untuk dijadikan tempat tinggal yang kekal abadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan